Thursday, July 2, 2009

hakikat sebenar mahasiswa cemerlang duniawi dan ukhrawi




Ucapan tahniah,syabas dan selamat datang ana ucapkan kepada mahasiswa baru di seluruh IPTA / IPTS dan khususnya kepada mahasiswa baru UKM. Moga-moga kedatangan anda yang dialu-alukan membawa satu sinar baru kepada UKM didalam akademik dan seterusnya melahirkan produk yang berkualiti hasil proses yang baik dari UKM. Mahasiswa yang yang cerdik dan berfikiran jauh adalah mahasiswa yang memikirkan jangka masa panjang kehidupan mereka. Seorang mahasiswa islam ana khususkan,apabila mereka bergelar mahasiswa peranan mereka semakin banyak dan cabaran hidup juga semakin mencabar. Seorang mahasiswa yang dikatakan cerdik adalah yang memikirkan bukan setakat tanggungjawabnya sebagai pelajar akan tetapi tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan mukmin juga. Saidina Ali pernah berkata dimana seorang yang dikatakan cerdik adalah seorang yang sentiasa ingat tentang MATI,dengan kata lain mengingati dan membuat persediaan bukan sahaja untuk menghadapi exam di university sahaja tetapi tidak lupa persiapan untuk menghadapi exam yang paling besar di university akhirat nanti. Pelajar ataupun mahasiswa yang dikategorikan cemerlang bukan sahaja di redhoi oleh pensyarah dan seluruh warga UKM malah di redhoi oleh malaikat dan tuhan pencipta yakni ALLAH swt dan seluruh makhluk dilangit..Amin..

No comments:

Post a Comment