Friday, April 24, 2009

PERAK, ZAMRY… & JOM HEBOH!!!



IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.'

Apa sudah jadi bila Zamry naik??? JOM HEBOH yang di fatwakan HARAM oleh mufti perak tidak diendah dan dipeduli oleh beliau. pandangan ulama’ diketepikan malah tidak dijadikan tempat rujukan langsung ataupun meminta pandangan dan pendapat ulama’ dalam hal yang besar kebarangkaliannya boleh menghancurkan akidah dan masa depan anak muda sekarang ini.

Bukan bies diantara parti tetapi kita lihat dengan jelas apa sebenarnya pembawakan yang dilakukan ketika NIZAR memerintah dan ketika ini ZAMRY mendominasi. Ada perbezaan yang mana tidak di sahkan JOM HEBOH ketika pemerintahan NIZAR dan JOM HEBOH kembali mendapat lesen besar di anjurkan di Perak selepas ZAMRY mengambil alih takhta. Anda mampu fikir dan kritik akan tetapi pemimpinan dan kuasa yang mampu MERUBAHNYA!

Disini kita boleh membuat perbandingan dan MEMILIH pemimpin mana yang benar-benar sayangkan rakyatnya dengan mengamalkan ‘ AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR’ dan pemimpin mana yang mengamalkan ‘AMAL MUNGKAR NAHI MAKRUF’ pembaca boleh membuat pilihan dan anda juga sebagai rakyat ada HAK dan mampu juga MERUBAHNYA!

Begitulah pentingnya dan perlunya kita menakluki pemerintahan dan kuasa bukan kerana GILA KUASA akan tetapi untuk memastikan Islam akan terus dipimpin dan dijulang oleh orang yang selayaknya dan bukan hanya HIPOKRIT dalam ucapannya untuk menjulang Islam tetapi REKTORIK usahanya dan pengamalannya dalam memartabatkan Islam.

" Dua golongan apabila baik, maka baiklah rakyat iaitu pemimpin dan ulama." (Al Hadis)

‘ Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa ) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat kemaksiatan. Apabila penguasa memerintah berbuat kemaksiatan makatidak perlu didengar dan ditaati (kemaksiatan itu).’
(Hadith Riwayat BUkhari 13/121, Muslim 3/1469)


Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab bukan hanya menjaga kebajikan rakyat didunia semata akan tetapi mengambil berat ,menjaga kebajikan dan memikirkan nasib dan mudharat yang akan menimpa rakyatnya bila sampai masa dikumpulkan dan dihisab di dunia akhirat kelak. Maka itulah sebaik-baik pemimpin.
Rakyat dan mahasiswa khususnya perlu sedar dan jelas tanpa ada kekaburan, bersyakwasangka dan mengambil inisiatif tidak peduli lagi tentang perkara ini. Perlunya peduli kerana kamu sebagai rakyat yang ada maruah dan kamu sebagai mahasiswa yang dikatakan educated selama ini. Timbulkan senstiviti anda dan cuba amik cakna dalam masalah ini.

Renungilah firman Allah dalam ayat 166 dan167 surah al-Baqarah :

Maksudnya : Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : ” Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami”.

Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka.

Inilah gambaran yang dinyatakan oleh Allah kepada kita semua mengenai keadaan pemimpin dan para pengikut mereka di hari akhirat nanti.
Para pemimpin akan melarikan diri daripada tanggungjawab yang pernah dipikul di dunia apabila melihat melihat siksa neraka yang bakal diterima akibat daripada kecuaian dan kelalaian mereka yang mengajak pengikut mereka di dunia ini ke arah kesesatan dengan mengamalkan sistem ciptaan manusia dalam pemerintahan yang menyebabkan pemimpin itu sendiri dan para pengikut mereka makin hari semakin jauh daripada Allah dan ajaran Islam.

Itulah dia pemimpin dunia yang menganggap bahawa pemerintahan yang dijalankan tidak terlibat langsung dengan agama sehingga mereka tidak melaksanakan Islam dalam perundangan, ekonomi, kebudayaan, sosial dan lain-lain. Para pengikut yang mengikut pemimpin yang sesat dan menyesatkan mereka pula merasa sesal dengan apa yang berlaku kerana pemimpin itu bukan sahaja tidak mampu mermbantu mereka untuk melepaskan diri daripada siksaan Allah malah pemimpin mereka itu tidak mengaku bahawa mereka semua adalah pengikutnya di dunia dulu. Sesalan mereka hanya sia-sia kerana pemimpin itu dan juga pengikut yang sesat itu tidak akan dikembalikan semula ke dunia malah akan disiksa dalam neraka Allah.

Nauzubillah, moga-moga kita tidak digolongkan dalam golongan ini..

3 comments:

  1. salam mujahadah~..
    hebat nye bang lil~..tak sangka2...nnti ana balik msti da jd feymes..hebat penulisan ni..xhabaq mai pun da ade blog..huhu..okeh..apepun keep it up bro..nice blog..truskan usaha..doakan ana jua..salam ukhuwah

    ReplyDelete
  2. anta gi mane,ana n shbt2 rindu bangat kat anta tau

    ReplyDelete
  3. salam..betul tu..ana setuju..spttnye kite harus menerima dan memilih pemimpin yang mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar..

    ReplyDelete