Thursday, April 23, 2009

'AKHIRAT FINAL EXAM'

Segala pujian hanya bagi Allah yang member kudrat dan iradahnya kepada ana untuk memulakan kalam. Moga-moga tiada niat lain yang bersarang didalam hati hambamu yang hina ini melainkan dengan matlamat ‘ menyebarkan pengaruh Islam,pengislahan diri demi menjulang Islam secara syumul di muka bumi Allah ini.

Allah sahaja yang mengetahui betapa gusarnya hati ini,bila menulis sesuatu nasihat dan peringatan untuk dipertontonkan kepada umum bukan kerana nama tetapi takut apa yang disampaikan tidak seperti yang diamalkan,wanauzubillah…

Bukan maksud ana untuk meninggalkan usaha dakwah tetapi peringatan bagi diri ana yang masih perlukan semangat dan kekuatan daripada sahabat-sahabat seperjuangan. Di sini kita lihat betapa pentingnya peranan sahabat dalam jalan dakwah. Ana teringat kata-kata Brother Shah Kirit ketika Seminar Dakwah Fardiyah & Perbandingan Agama anjuran ISIUKM. ‘pengislahan diri dan dakwah perlu bergerak seiring untuk memastikan perubahan dalam diri kita sendiri seterusnya memimpin dan merealisasikan matlamat dakwah itu sendiri.

Tidak terlambat lagi rasanya untuk ana mengucapkan Bitaufiq wannajah kepada semua mahasiswa/wi UKM yang menduduki exam. Maklum bagi semua bahawa Final exam merupakan sesuatu yang akan berlaku,wajib dilalui dan perlu dilalui oleh insan yang bernama ‘pelajar’ walaupun final exam pada hakikatnya sesuatu yang cukup-cukup digeruni bagi pelajar yang tidak cukup persediaan kerana ditakuti kalau-kalau gagal beroleh kejayaan.

Yang peliknya walaupun mengetahui final exam akan tiba dan mudharat dikemudian hari yang akan mereka perolehi mereka masih terus hanyut dalam dunia fantasi yang mereka cipta sendiri dan akan menyesal dengan sesalan yang tidak berguna selepas itu. Berbeza dengan pelajar yang cukup persediaan yang rapi, mereka menanti-nanti saat tibanya melangkah ke dewan peperiksaan dan mahu membuktikan natijah berupa kecemerlangan yang bakal mereka perolehi kelak dan berbagai sanjungan dan ANUGERAH DEKAN ataupun ANUGERAH DIRAJA yang bakal dikurniakan.

Suasana ini ingin ana jadikan analogi yang sama sebagaimana kita untuk menghadapi ‘AKHIRAT FINAL EXAM’ kelak yang sudah pasti akan ditempuhi oleh seluruh umat samada dia mahu atau tidak dia pasti akan melaluinya.

Bagi sesiapa yang mempunyai PERSEDIAAN dan BEKALAN yang cukup mereka tidak gentar dan menunggu saat ini dan tidak sabar-sabar untuk dikurniakan dengan natijah SYURGA dengan hasil taat,tawakal dan penyerahan diri mereka kepada ALLAH AZZAWAJAL dan dikurniakan anugerah oleh para malaikat dan diarak dirinya didalam syurga tanda diraikan, sebaliknya bagi mereka yang mengetahui akan tibanya hari akhirat ini akan tetapi terus dengan cinta dunia dan kesenangan hidup walaupun mereka mengetahui akan tibanya hari pengadilan.

Diwaktu ini barulah mereka sedar dan sesal kerana tiada bekalan yang mereka bawa untuk melayakkan mereka ke syurga Allah akan tetapi natijah yang setimpal bagi mereka ialah NERAKA itu sendiri disebabkan kelalaian dan kealphaan mereka sendiri..

2 comments:

  1. salam.. ana betul2 rse insaf bila bce artikel ni. mudahan-mudahan kesudahan yg terbaik dalam apa yg kita lakukan, semuanya kerana Allah

    ReplyDelete
  2. anaLOgi Yg TERBAik....
    thumps up 4 U...
    keep iT a GooD moTIVAtion..~

    ReplyDelete