Friday, April 24, 2009

HIPOKRIT positif atau negatif ?

‘ ko jgn la nk HIPOKRIT dengan diri sendiri….jadilah diri ko yang sebenar…’

Biasa kita dengar statement begini diantara rakan-rakan kita. HIPOKRIT sepertimana yang kita maklum bermaksud ‘BERPURA-PURA’ @ dengan erti kata lain ‘BERLAKON’. Disebabkan ana berada di dalam kampus ana lebih gemar bercerita dengan situasi kampus. Memang tidak dinafikan bahawa sikap hipokrit adalah suatu sikap yang NEGATIF (-) dan bagi ana pada sesetengah keadaan HIPOKRIT juga boleh di kategorikan sebagai perkara POSITIF (+)..

Bila difikir-fikirkan perlu sebenarnya kita hipokrit pada diri sendiri untuk muhasabah diri kita dan sebagai momentum atau batu loncatan untuk kita membuat perubahan pada diri kita. Hipokrit yang ana maksudkan bukanlah menipu diri kita sendiri tapi cuba memaksa dan melatih diri kita untuk jadi lebih baik. Seseorang yang sememangnya suka berzina contohnya, perlu korbankan hobinya itu kerana menyalahi syarak. Dan dalam perkara ini jika dia ingin membuat perubahan dan menyesalinya dia perlu berazam dan perlu berhipokrit dengan dirinya sendiri supaya tidak lagi melakukan hobi tersebut.

Begitulah juga dengan diri kita, terkadang perlu kita berhipokrit semata-mata untuk mematuhi perintah Allah walaupun pada masa yang sama berat untuk kita lakukannya contohnya seperti solat, kita perlu solat samada suka atau tidak kerana itu tuntutan yang wajib bagi kita selama kita masih bergelar MUSLIM. Contoh lagi, seseorang wanita yang ‘free hair’ dan berpakaian ketat ataupun tidak selari dengan tuntutan syarak cara pemakaiannya, mereka sepatutnya mengorbankan pegangan ataupun prinsip hidup mereka untuk terus begitu selagi mereka mengaku sebagai MUSLIM!!

Ada pula yang mengatakan, ‘ust, mereka perlukan masa untuk membuat perubahan…'
YES! Betul dan tepat sekali..perlukan masa dan waktu.. jadi manfaatkan sesungguhnya masa, detik dan waktu itu. Moga-moga ia bukan sekadar alasan semata untuk menyedapkan hati dan meloloskan diri dari di kritik. Sebenarnya perlu bagi kita ber ‘Hipokrit apabila kita dalam keadaan lemah sedemikian dengan niat dan doa pada Allah supaya Allah berikan kepura-puraan itu untuk aku benar-benar menjadi MUSLIM yang lebih berkualiti selepas ini. Sebagai proses mengubah diri menjadi orang yang betul-betul boleh istiqomah selepas ini demi mengikut syariat Allah sebagai hambamu..

Kita jadikan ‘hipokrit’ sebagai satu motivasi bagi kita untuk melakukan suatu anjakan paradigma selepas ini. Menipu atupun HIPOKRIT pada diri sendiri untuk menjadi lebih baik tidak menjadi mudharat kepada seseorang bahkan menjadi nilai tambah baginya. Ketahuilah bahawa jalan ke syurga dipenuhi dengan duri dan ranjau yang amat sukar dilalui akan tetapi jalan ke neraka dipenuhi dengan keseronokan duniawi yang tiada batasan. Kelayakan untuk ke syurga bukan bagi orang yang bersenang lenang dengan memuaskan nafsunya akan tetapi bagi orang yang dapat mengekang nafsunya dari menggila tidak tentu hala itulah hakikat orang yang berjaya.

peringatan untuk diri ana sendiri sebagai muhasabah insyALLAH....

3 comments:

  1. [Kita jadikan ‘hipokrit’ sebagai satu motivasi bagi kita untuk melakukan suatu anjakan paradigma selepas ini. Menipu atupun HIPOKRIT pada diri sendiri untuk menjadi lebih baik tidak menjadi mudharat kepada seseorang bahkan menjadi nilai tambah baginya. Ketahuilah bahawa jalan ke syurga dipenuhi dengan duri dan ranjau yang amat sukar dilalui akan tetapi jalan ke neraka dipenuhi dengan keseronokan duniawi yang tiada batasan. Kelayakan untuk ke syurga bukan bagi orang yang bersenang lenang dengan memuaskan nafsunya akan tetapi bagi orang yang dapat mengekang nafsunya dari menggila tidak tentu hala itulah hakikat orang yang berjaya.]

    ANA YG BERNAMA SITI NUR HANA YAHAYA
    AMAT BERSETUJU DGN STATEMENT DIATAS....
    HOPe LPS NI DA LG ENTrY YG SEbEGINI RUPA...
    ALL DA bEST Ya BrO....

    ReplyDelete
  2. hipokrit tuk jadi lebih baik mmg perlu.. sbb dalam diri kita mmg xlari dari segala tippudaya syaitan dan nafsu.. wallahualam

    ReplyDelete
  3. slm..ust,..mtk prmission...ana quot cket ayt ust utk d'share bsma shbt..mtk maaf...n hrap ust izinkn...n syukran jzilan...

    ReplyDelete