Friday, July 3, 2009

PROMOSI GEGAR KEM KEMBARA RABBANI 09 KINI BERMULA!!!



Pembinaan sahsiah amat penting dalam diri seseorang lebih-lebih lagi apabila sudah mendapat title sebagai seorang mahasiswa. Hidup di alam kampus lebih memerlukan ketahanan diri yang kukuh dari aspek rohani khususnya. Mahasiswa kini lebih terdedah dengan unsur-unsur sosial yang negatif apabila bergaul tanpa had batasan antara lelaki dan perempuan. Bermulanya hari-hari pertama mahasiswa mereka sudah didedahkan dengan pergaulan bebas dengan tidak di asingkan lelaki dan perempuan. Didalam LDK ( latihan dalam kumpulan ) contohnya,mereka diberi kan permainan yang tidak dapat tidak akan ada persentuhan diantara lelaki dan perempuan, kononnya menyerapkan nilai-nilai murni moral seperti mengeratkan silaturrahim,saling kenal mengenali dan tolong menolong antara satu sama lain. Perkara ini dianggap remeh sebahagian pihak. Mereka yang mengetahui membutakan mata mereka bila melihat perkara ini,walaupun diantara PC kolej majoritinya dari fakulti pengajian islam sekalipun.


Bukan budak-budak fpi sahaja malah menjadi tanggungjawab sesorang yang mengisytiharkan diri mereka muslim perlu ada senstiviti dalam perkara ini. Mafhum hadith nabi saw ‘ seseorang lelaki ataupun perempuan yang bukan muhrim bersentuhan kulit dengan kulit baiklah baginya di tembuskan kepala mereka dengan besi tajam ‘


Teringat ana sewaktu berada ditahun satu dahulu. Ketika itu bermulanya pendaftaran untuk kemasukan pelajar baru termasuk ana,setelah melangkah masuk kedalam dewan ana terlihat seorang sahabat yang ana yakin mahu mendaftar diri juga sebagai pelajar baru di UKM kerana terdapat fail ditangannya. Gaya penampilannya memperlihatkan beliau hanya seorang yang sederhana dengan berkopiah berbaju kemeja ,tidak berkasut dan hanya memakai sandle. Beberapa minit ana melihat gerak geri pemuda ini tiba-tiba salah seorang urusetia wanita yang boleh ana katakan dalam usia 30-an dan ‘freehair’ yang bertugas di situ, menghampiri pemuda tersebut dan melenting dengan suara yang agak kuat dan tinggi sehingga semua yang berada didalam dewan mendengarnya..’HEI! MASUK DALAM DEWAN NI KENA TICK-IN,PAKAI KASUT! INI BUKAN SEKOLAH KAMPUNG DEK,INI UNIVERSITI!PEGI KELUAR TICK-IN DAN CARI KASUT BARU BOLE MASUK BALIK! pemuda tadi hanya senyum dan terus keluar dari dewan. Ana dapat rasakan jikalau ana duduk ditempat dia.perasaan malu dan serba salah pasti menguasai diri. Ana pulangkan kepada sahabat-sahabat semua untuk memikirkan positif atau negatif apabila berlakunya situasi tadi.


Dari sudut zahir dan duniawinya memang pemuda tadi yang bersalah kerana tidak ikut peraturan akan tetapi dari pandangan maknawinya pemuda tadi lebih baik kerana lengkap menutup aurat berbeza dengan wanita yang tidak menutup aurat tadi.Manusia sekarang lebih mementingkan protokol ataupun undang-undang ciptaan manusia daripada protokol dan perlembagaan yang ditetapkan Allah. Mulia di pandangan Allah saudara kita tadi daripada wanita tersebut, walaupun ada suara-suara sumbang dikalangan manusia mencelanya. Redho ALLAH diutamakan daripada redho manusia sebenarnya. Terbukti undang-undang manusia yang penuh dengan unsur cacat cela dan untuk kepentingan individu atau sesiapa pun diletakkan NO 1 dan dikuatkuaskan sepenuhnya dan seolah-olah berdosa besar kalau tidak melakukannya,sebaliknya undang-undang Allah yang terang dan nyata benar didalam Al-quran yang terbaik untuk ummatnya tidak dipedulikan dan mungkin di letakkan NO 10 dalam prinsip hidup orang seperti mereka. Mungkin pemuda tadi dimalukan didepan manusia tetapi ingatlah bahawa mahkamah Allah yang seadilnya akan memalukan diri mereka yang memandang enteng perlembagaan yang Allah tetapkan. Begitulah kesannya apabila tarbiyah islamiyah tidak diterapkan dalam jiwa pada awalnya.


Sekadar perkongsian pengalaman ana kepada sahabat-sahabat,bukan untuk mengaibkan sesiapa,tetapi iktibar yang kita perlu ambil dari kisah ini. Apabila undang-undang yang dicipta manusia lebih di sanjungi dan undang-undang Allah di campak tepi,tidak mustahil suatu hari nanti produk yang dikeluarkankan dari universiti hanya cemerlang dari sudut akademik tetapi gagal dari sudut akhlak dan rohani,nauzubillah min zalik.. Disebabkan senstiviti dan rasa bertanggungjawab inilah satu-satunya persatuan IKATAN STUDI ISLAM (ISIUKM) bertungkus lumus,merancang dan bersungguh-sungguh mempromosikan suatu program yang mampu menjana kembali mahasiwa kearah syabab yang stabil dan seiring dalam mengejar dunia dan akhirat. Sesungguhnya ana yakin bahawa ibu bapa mahasiswa mahukan anak mereka cemerlang dalam kedua2 aspek ini..matlamat program ini tidak lain tidak bukan semata-mata untuk mahasiswa terus istiqomah dalam landasan ISLAM yang syumul apabila berada di UKM dan seterusnya terus istiqomah dalam ruang lingkup ISLAM apabila berada dalam masyarakat kelak..


Akhirnya ana sebagai pengarah program yang disingkat kan namanya sebagai KERIS ini mengajak sahabat-sahabat di UKM khususnya untuk mengikuti program yang julung-julung kali diadakan ini dan bagi sahabat-sahabat yang ada kesedaran ISLAM yang lebih,marilah kita sama-sama ajak dan promosikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain itupun jikalau dikalangan kita ini ada rasa sayang antara sahabat-sahabat kita dan merasakan mereka ini juga ingin keluar daripada kegelapan dan kembali kepada cahaya dan andalah yang perlu merasa ber tanggungjawab memimpin tangan sahabat-sahabat kita ini keluar daripada kegelapan dan kembali kepada cahaya yakni fitrah semulajadi manusia yang merasakan segala gerak geri mereka dalam pemerhatian ALLAH swt.


Terletak pada diri kita masing-masing, dan satu value ataupun nilai tambah kepada usaha dakwah kita jika kita dapat tarik seberapa ramai sahabat kita ke program KERIS ini. Sejak di alam roh lagi manusia berjanji dan mengisytiharkan ALLAH swt adalah tuhan mereka, dimana ALLAH rakamkan dalam Al-quran yang bermaksud ‘Allah bertanya pada mereka, siapakah tuhan kamu?kau Ya ALLAH tuhan pencipta kami ‘ dan setiap kali solat ketika tahiyat akhir kita berjanji lima waktu sehari ‘ sesungguhnya solat,kehidupan ku, dan matiku hanya kerana mu Ya ALLAH ‘ renungkan bukan sekadar renungan tetapi dengan istiqomahnya amalan..wallahu a’lam

Layari laman web KERIS- www.keris-09.blogspot.com

1 comment: